KUALA LUMPUR – Selepas satu tahun yang luar biasa, Cambridge International telah mengumumkan keputusan Cambridge International AS dan A Level dari siri peperiksaan November 2020 kepada ribuan sekolah di seluruh dunia tepat pada waktunya.

Cambridge International menerima hampir 70,000 penyertaan untuk siri peperiksaan November 2020 dan mengeluarkan hasil keputusan kepada lebih 17,000 calon dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Pengarah Negara, Malaysia di Cambridge International, Ng Kim Huat menyatakan: “Tahun 2020 menjadi tahun transformasi dan telah memberi impak besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di seluruh dunia. Keutamaan utama adalah bagi memastikan bahawa pelajar Cambridge di seluruh Malaysia kekal selamat, dan dapat terus maju ke hadapan dengan pendidikan mereka. Kerja keras para pelajar dan guru mereka dapat dilihat dari hasil keputusan yang dikeluarkan.”

Ng Kim Huat.

Subjek paling popular di kalangan pelajar Malaysia di Cambridge IGCSE dan Cambridge International AS & A Level adalah Matematik, Kimia dan Fizik.

Cambridge International mengambil keputusan untuk mengadakan peperiksaan untuk siri global November 2020 dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa pendidikan, kerajaan dan sekolah di seluruh dunia dalam menyediakan prosedur yang benar-benar berkesan bagi membantu sekolah menganjurkan siri peperiksaan November 2020 dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Semua pusat Cambridge International di Malaysia telah mematuhi prosedur Cambridge dan peraturan pihak berkuasa tempatan. Kami berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Malaysia atas sokongan mereka bagi membolehkan kedua-dua pihak kolej swasta dan sekolah antarabangsa untuk menguruskan siri peperiksaan Cambridge untuk November 2020,” kata Ng.

Pengarah Serantau Asia Tenggara & Pasifik, Cambridge International Dr Ben Schmidt berkata: “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sekolah dan guru-guru kami atas usaha yang mereka dalam menyokong pihak pelajar melalui siri November ini. Saya berharap para pelajar di seluruh Malaysia kini dapat maju ke hadapan dengan langkah seterusnya dalam kehidupan mereka, dan menjalani pengalaman ini dengan kental dan tanpa berputus asa, lebih-lebih lagi pada waktu yang mencabar ini.”

Dr Ben Schmidt.

Secara keseluruhan, lebih daripada 470,000 gred dikeluarkan ke sekolah-sekolah di 139 negara, yang menunjukkan kadar peningkatan lebih dari 20% berbanding tahun lalu. Sebahagiannya adalah disebabkan sebilangan pelajar yang memindahkan penyertaan mereka dari siri peperiksaan Jun 2020 yang telah dibatalkan ke siri November 2020.

Keputusan untuk Cambridge IGCSE dan Cambridge O Levels dikeluarkan kepada pihak sekolah pada 19 Januari 2021 pukul 06:00 UTC / GMT.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here