Oleh Fetty Rara

DALAM perkembangan terbaharu bukti-bukti awal menunjukkan bahawa varian terbaharu Covid-19 yang muncul di United Kingdom mungkin lebih berbahaya daripada disangka.

Setakat ini persoalan masih belum terjawab berhubung jumlah sebenar jangkitan dan jenis vaksin yang boleh melawannya, lapor bbc.com.

Data terbaharu itu diperoleh pakar matematik melalui perbandingkan kadar kematian individu yang dijangkiti virus baharu dan lama.

Varian terbaharu Covid-19 kini telah menular luas di serata UK.

Perdana Menteri British Boris Johnson memberitahu satu sidang taklimat semalam bahawa selain merebak lebih pantas, varian yang pertama kali dikesan di London dan tenggara England itu mungkin ada kaitan dengan kadar kematian yang tinggi.

Beliau menegaskan bahawa impak varian terbaharu itu telah menyumbang kepada tekanan berganda kepada perkhidmatan kesihatan Britain, (NHS).

Kajian oleh Public Health England, Imperial College London, London School of Hygiene and Tropical Medicine dan University of Exeter telah menilai sejauh mana bahayanya varian baharu itu.

Hasilnya telah dinilai oleh saintis Kumpulan Penasihat Ancaman Virus Pernafasan Baharu (Nervtag).

Kumpulan itu merumuskan bahawa walaupun varian berkenaan didapati lebih bahaya, namun kepastian belum diperoleh.

Penasihat Saintifik kerajaan British, Sir Patrick Vallance berkata varian yang telah merebak ke lebih 50 negara itu mungkin dapat ditangani melalui suntikan vaksin Pfizer dan Oxford Astra-AstraZeneca,

Tetapi, walaupun demikian beliau berasa bimbang kerana kini telah muncul dua lagi varian lain di Afrika Selatan dan Brazil yang mungkin tidak mampu di atasi oleh kedua-dua vaksin tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here