Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata perjanjian damai di antara Donald Trump dan Taliban akan dikaji semula.

Ia bertujuan  untuk memastikan kumpulan militan Taliban memegang kepada komitmen mereka, termasuk mengurangkan keganasan dan memutuskan kaitan dengan pengganas, lapor bbc.com.

Penasihat Kanan Keselamatan Biden, Joe Sullivan mengesahkan bahawa pihak AS telah menyatakan perkara tersebut kepada pihak Afghanistan.

Sejak beberapa bulan yang lalu Afghanistan menyaksikan beberapa kejadian pembunuhan.

Kehadiran tentera AS di Afghanistan bermula pada 2001 bagi tujuan mengusir puak Taliban yang menguasai negara itu berikutan peristiwa serangan 9/11 di New York.

Bagaimana pun beberapa tahun selepas itu puak Taliban muncul semula dan bergerak aktif di sebahagian besar negara itu, selain mengancam kerajaan yang dipilih.

Awal bulan ini Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh berkata beliau yakin AS terlalu berkompromi dengan Taliban berhubung perjanjian tersebut.

-BebaNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here