Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Berita kematian pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat, 78, yang ditular lagi di media sosial ternyata palsu dan anggota keluarganya juga terpaksa membuat penafian berhubung perkara tersebut.

Anak lelaki Jamali, Sazli berkata, berita yang tular itu adalah palsu dan pihaknya membuat kenyataan bagi menyatakan perkara sebenar.

“Berlegar berita palsu pasal Tok Jamali meninggal dunia. Semoga kita semua akan diberi Kesejahteraan dari Allah SWT.

“Harap dapat diperbetulkan berita palsu yang tersebar,”katanya dalam hantaran akaun Facebooknya.

Sementara itu Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Datuk Malik Ridzuan berkata, beliau berharap pengguna media sosial tidak menyebarkan berita sedemikian kerana tiada faedah yang boleh diperoleh darinya.

“Siasat dahulu dengan ahli keluarganya sama ada betul atau tidak berita tersebut. Sudah pasti baharu kongsi,”katanya.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here