KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 4,275 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.
Jumlah pesakit sembuh bagi tempoh sama pula adalah seramai 4,313 orang.
Kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi yang dilaporkan setakat ini.
Bilangan pesakit sembuh juga menjadikan jumlah kes aktif menurun buat pertama kali dalam tempoh 15 hari.
Berikut adalah maklumat utama kes Covid-19 di Malaysia untuk hari ini:
Kes aktif: 42,769 ↓ (kurang 45 berbanding semalam)
Pesakit dalam ICU: 260 ↑ (lebih 9 berbanding semalam)
Pesakit dengan bantuan pernafasan: 103 ↑ (lebih 1 berbanding semalam)
Korban: 7
Berikut adalah pecahan kes baharu mengikut negeri:
- Selangor (1,421)
- Kuala Lumpur (548)
- Sabah (498)
- Johor (425)
- Melaka (278)
- Perak (208)
- Sarawak (193)
- Pulau Pinang (162)
- Terengganu (131)
- Negeri Sembilan (108)
- Kedah (105)
- Kelantan (78)
- Pahang (75)
- Putrajaya (35)
- Perlis (7)
- Labuan (3)
https://bit.ly/368G1bc
Please follow and like us: