MOHAMAD NORZA ZAKARIA

Oleh Abdul Hafiz Ahmad

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) yakin Sukan Olimpik Tokyo akan diteruskan mengikut jadual yang ditunda setahun lalu, 23 Julai hingga 8 Ogos ini selepas dimaklumkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Olimpik Jepun (JOC).

Keyakinan itu dinyatakan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang berhubung menerusi sidang video dengan Presiden IOC, Thomas Bach dan President JOC, Yamashita Yasuhiro, semalam, di tengah-tengah kenaikan angka kes penularan pandemik maut Covid-19 di seluruh dunia.

“Dalam sidang itu, kesiapsiagaan dan persediaan rapi yang dijalankan kerajaan Jepun (bagi menganjurkan Olimpik Ke-32) telah disampaikan kepada MOM.

“Bersama-sama lain-lain rakan kongsi pelaksanaan utama, temasya yang dijamin selamat dan terjaga, tidak hanya buat atlet-atlet dan pegawai-pegawai tetapi juga masyarakat tempatan itu, akan dilangsungkan.

“Kami berdiri bergandingan dengan IOC dan rakan sejawatan Jepun kami dan mengalu-alukan penyertaan ke Olimpik itu.

“Selain langkah-langkah balas yang akan dirancang bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021), kami turut berbincang dengan IOC berhubung pemvaksinan Covid-19 kepada kontinjen kita ke sana,” kata Norza dalam siaran media MOM di Kuala Lumpur, semalam ini.

MOM jelasnya turut berterima kasih kepada IOC atas kesanggupan badan induk itu untuk menyokong MOM dalam hubungan dengan kerajaan Malaysi mengenai pemvaksinan buat kontinjen kami ke Sukan Olimpik.

MOM menurutnya, akan terus berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara dalam memastikan atlet-atlet dan pegawai-pegawai kami mampu memberikan tumpuan kepada latihan dan persediaan mereka dalam suasana yang paling selamat.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here