Oleh Fetty Rara

PASUKAN penyelamat berjaya mengeluarkan 11 pekerja lombong yang terperangkap 600 meter di bawah tanah selama 14 hari.

Rakan video media tempatan menunjukkan pekerja pertama ditarik keluar dengan matanya ditutup bagi mengelakkan cahaya terang.

Terowong masuk ke lombong emas Hushan di wilayah Shandong itu runtuh berikutan satu letupan pada 10 Januari lalu hingga menyebabkan 22 pekerja terperangkap.

Setakat ini sekurang-kurangnya seorang daripada mereka meninggal dunia dan nasib 10 orang lagi belum diketahui.

Pekerja pertama yang dikeluarkan pagi tadi dikejarkan ke hospital kerana keadaannya amat lemah.

Sejam selepas itu lapan lagi pekerja dikeluarkan daripada bahagian lain terowong lombong tersebut.

Menurut laporan TV rasmi China CCTV seorang daripada mereka mengalami kecederaan.

Beberapa orang dilihat mampu berjalan sendiri sebelum dibawa ke hospital.

Usaha menyelamat dipercepatkan kerana sebuah terowong yang dikorek bagi mengeluarkan kesemua mangsa sebelum ini memakan masa beberapa minggu untuk siap.

Pekerja pertama yang diselamatkan didapati terperangkap seorang diri di bahagian lain terowong dan terpisah daripada 10 orang yang berjaya diturunkan makanan dan ubat sejak beberapa hari.

Kumpulan mangsa itu juga berkata mereka berjaya berkomunikasi dengan seorang lagi yang terperangkap 100 meter di bawah lokasi mereka, tetapi kemudian terputus hubungan.

Pihak penyelamat juga tidak dapat menghubungi 10 mangsa yang masih hilang.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here