KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 3,346 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Jumlah kes sembuh bagi tempoh sama pula adalah seramai 4,427 kes.

Ia mengatasi jumlah semalam dan maka merupakan rekod baharu kes sembuh yang dilaporkan setakat ini.

Ini bermakna jumlah kes aktif menurun buat hari kedua berturut-turut selepas menyaksikan peningkatan selama 14 hari. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 di Malaysia untuk hari ini:

Kes aktif: 41, 677 ↓ (kurang 1,092 berbanding semalam)

Pesakit dalam ICU: 265 ↑ (lebih 5 berbanding semalam)

Pesakit dengan bantuan pernafasan: 102 ↑ (kurang 1 berbanding semalam)

Korban: 11 ↑ (lebih 4 berbanding semalam)

https://bit.ly/3pdr2EH
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here