Oleh Yusoff Ahmad Shariff

MEDIA India melaporkan pertembungan di antara tentera India dan China di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Kejadian di mana kedua-dua pihak mengalami kecederaan itu berlaku di utara Sikkim pada Rabu lalu.

Pihak tentera India sekadar berkata ia hanya insiden kecil dan telah diselesaikan, lapor bbc.com.

Ketegangan di kawasan sempadan kedua-dua negara itu sering kali menyaksikan pelbagai pertembungan berikutan ketegaran kedua-dua negara berhubung hak untuk menguasai beberapa wilayah.

Pada Jun tahun lalu sekurang-kurangnya 20 anggota tentera India terbunuh dalam satu pertempuran di Ladakh.

Insiden terbaharu tercetus di genting Nathu La di bahagian utara Sikkim yang merupakan wilayah India di antara Bhutan dan Nepal.

Menurut tentera India satu pasukan rondaan tentera China telah cuba untuk memasuki wilayah India, tetapi terpaksa berundur setelah mendapat tentangan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here