Oleh Fetty Rara

PENASIHAT perubatan tertinggi Perancis berkata bahawa negara itu mungkin perlu menguatkuasakan ‘lockdown’ seluruh negara ketiga bagi memerangi Covid-19.

Minggu lalu perintah berkurung ketat telah dilaksanakan, namun jumlah kes masih terus meningkat, lapor bbc.com.

Berikutan itu, Pengarah Majlis Saintifik Perancis, Prof Jean-Francois Delfraissy telah menasihatkan kerajaan bahawa negara itu kini sekali lagi berdepan dengan keadaan darurat yang kritikal.

Beliau menggesa supaya kerajaan bertindak pantas memandangkan keadaan yang semakin membimbangkan itu.

Menurut beliau data terbaharu menunjukkan semakin banyak kes penularan varian UK di beberapa wilayah Perancis yang tidak lagi mampu dikekang.

Walaupun keadaan di negara itu lebih baik berbanding negara-negara lain di Eropah, namun penularan varian UK itu telah menjadi pandemik kedua.’

Kerajaan Perancis dijangka mengadakan mesyuarat berhubung perkara tersebut pada Rabu ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here