Astro Tutor TV menyediakan subjek yang bersesuaian untuk calon-calon SPM.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BAGI calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekarang ini mereka mesti berdebar dan menghitung hari untuk menghadapi peperikasaan tersebut yang akan bermula pada 22 Februari ini.

Pada yang sudah membuat persiapan, mesti tak risau. Lain halnya yang tidak ‘study hard’ untuk menduduki peperiksaan tersebut kerana terkesan dengan penundaan tarikh peperiksaan.

Jangan risau, calon-calon masih boleh lagi mengulangkaji pelajaran menerusi program istimewa, 30 Hari Menjelang SPM di platform Astro Tutor TV bermula 23 Januari 2021.

Puteri Yasmin harap program yang disiarkan dapat membantu mereka yang tidak mempunyai akses kemudahan digital.

Selama 30 hari berturut-turut, bermula pukul 5 petang hingga 7 malam di saluran Tutor TV 603, pelajar SPM boleh mengulangkaji pelajaran dengan Pelan A+ SPM, Misi Studi, Top Tutor dan Top Tips.

Kesemua program ini meliputi mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta mata pelajaran elektif termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Geografi.

Kumpulan Study Squad turut membantu para pelajar.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berharap, inisiatif yang diketengahkan oleh pihak Astro dapat membantu ramai murid dan guru-guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, terutamanya buat mereka yang tidak memiliki akses kepada kemudahan digital.

“Ini merupakan salah satu inisiatif kami bagi memastikan kelangsungan prestasi dan momentum akademik calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari ini terus kekal positif walaupun di sebalik dugaan pandemik yang berlaku pada hari ini.

Pelbagai subjek disediakan bagi membantu pelarjar memahami pelajaran dengan cara mudah.

“Tekanan dan kerumitan persediaan menduduki peperiksaan SPM kini dimudahkan dengan siaran 30 Hari Menjelang SPM di Tutor TV, sebuah slot sorotan khas program-program pendidikan khusus untuk pelajar SPM yang bakal bersiaran di saluran Tutor TV 603,” jelasnya.

Tambah Putri Yasmin, bagi pelajar menengah rendah pula, pihak Astro telah menyediakan program edutainment, SMK: Study Squad mulai 27 Januari, setiap Rabu, pukul 3 petang di saluran Tutor TV 602 dan Astro Ceria (611 HD, 631 SD).

Katanya, menerusi saluran tersebut pelajar boleh mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi untuk sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bersama selebriti, Wany Hasrita, Atu Zero dan barisan pelakon siri komedi SMK.

“Dengan menawarkan variasi program pendidikan ini di platform televisyen, kami berharap capaian tontonan akan menjadi lebih luas dan dapat dimanfaatkan oleh banyak pihak terutamanya di kalangan mereka yang berada di kawasan luar bandar.

“Untuk pengisian yang merangkumi tips peperiksaan dan kaedah mengulangkaji pelajaran yang lebih ringkas, interaktif, mudah dan menghiburkan, Tutor TV mampu membantu para pelajar khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM Februari ini,” penuh harapan agar program tersebut dapat membantu para pelajar.

Semoga usaha ini memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran.

Sementara itu, kandungan program TV Pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia di Tutor TV tetap disiarkan seperti biasa, dengan lebih 170 episod baharu meliputi semua mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran elektif seperti Perniagaan, Ekonomi dan banyak lagi.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua program pendidikan Astro juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here