KEMENTERIAN Kesihatan berharap jumlah kes Covid-19 baharu yang dilaporkan akan “stabil” dua minggu lagi, di tengah-tengah jumlah kes baharu yang mencapai titik terendah dalam 11 hari.

Hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 3,048 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan R0 1.06, turun daripada paras tertinggi 1.2 sebelum ini.

“Jadi kalau lihat jangkaan kes kita, hari ni 3,000 kes nampak 3048 kes.

“Kurang daripada semalam. Harap dalam dua minggu PKP dari 13 Jan, mungkin dalam masa 14 hari, harap dapat capai kestabilan kes-kes harian.

“Kalau boleh elakkan peningkatan .Kalau boleh 3,000 sekarang R-naught (kadar kebolehjangkitan) pun kurang sikit pada 1.06 daripada 1.2.

“Esok mungkin boleh kurang daripada 1.06. Kalau boleh kurang daripada 1.

“Harap dalam dua minggu, dapat elakkan lonjakan tetapi stabil,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

https://bit.ly/3sQGPeG
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here