Oleh Nafsiah Jani

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia nampaknya turut menjejaskan mata pencarian penyanyi Poey Stings yang selama ini banyak mengadakan persembahan di sekitar Kepulauan Riau, Indonesia.

Poey Stings atau nama sebenarnya, Hasri Hashim, 50, sebelum ini banyak diundang antaranya oleh walikota (Datuk Bandar), bekas Datuk Bandar, gabenur wilayah-wilayah di Indonesia untuk mengadakan persembahan disana.

“Dah empat tahun berturut-turut sejak 2016 saya sering berulang alik, Malaysia ke Indonesia kerana mengadakan persembahan disana. Tahun ini saja saya tak pergi lagi sejak  pandemik covid dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan  saya banyak habiskan masa di Malaysia.

“Dah banyak show saya buat untuk orang kenamaan disana, cuma sekarang ini impian saya nak menyanyi depan Presiden Indonesia, Jokowi. Setahu saya Jokowi tahu lagu popular kami iaitu Adakah Kau Setia.

“Sebelum ini saya memang banyak show di Dumai, Daik, Dabuk, Karimun, Tanjung Pinang, Batam dan Kalimantan di Kepulauan Riau sekitar Selat Melaka. Seronoknya buat show kata sana sebab peminat tahu kesemua lagu-lagu kumpulan Stings. Sebenarnya masa nak menyanyi tu saya dah bersedia dengan lagu-lagu Indonesia namun lagu-lagu kumpulan Stings juga yang mereka inginkan,’’ kata Poey yang popular dengan lagu Dalam Diam Aku Menyintaimu dan Seandainya Tuhan Mengizinkan.

Kekerapan mengadakan persembahan disana membuatkan sepanjang empat tahun itu juga Poey dan keluarganya menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji di perantauan.

Keluarga bahagia Poey Stings

Kiranya Poey memang cukup `laku’ disana kerana boleh kata kebanyakan pulau disana yang sudah dijelajahinya. Selain Jakarta dan Bandung, Poey juga dijemput mengadakan persembahan di Pulau Buru, Tanjung Batu, Pualau Alai, Duorai, Pulau Semambang, Rokan Hilir, Medan dan Bantien.

Kata Poey lagi,”Masa PKP ni..nasib baik ada juga bisness trading kecik-kecik saya di Malaysia dapatlah menampung kami sekeluarga. Waktu-waktu begini kenalah berjimat cermat dan tak boleh berbelanja seperti sebelum covid-19. Syukurlah anak-anak faham.’’

Empat tahun sebelum ini Poey banyak habiskan masa berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia. Ini membuatkan Poey tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Peluang waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ini digunakan Poey sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama rakan-rakannya, rakan isterinya dan juga jiran sekitar perumahannya.

“Kami banyak habiskan masa dengan aktiviti sihat dan riadah seperti berbasikal, bermain badminton dan golf. Saya juga join grup bermotosikal  antaranya Anita Bikers, Perak Bikers, Johor Force Bikers, Pahang Bikers Kelantan Bikers dan banyak lagi grup bagi membawa misi mereka mengumpul dana untuk Tabung Pahlawan Veteran Malaysia dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

“Misi NGO ini saja yang sempat dia lakukan dalam tahun ini. Misi ini masih berlangsung hingga Mac 2021 ini. Syukur alhamdulillah kerana saya diberi kepercayaan untuk bersama-sama mereka.,’’ ujar Poey lagi Adakah Kau Setia

Bercakap mengenai kumpulan Stings pula, Poey menambah,”Kumpulan kami yang terdiri daripada saya selaku penyanyi, Nuar, (gitar utama), John (bass) dan Zali (dram) masih ada lagi dan kami tidak pernah berpecah. Bila tidak ada show masing-masing buat kerja sendiri.

“Sebenarnya kami ada juga perancangan nak muncul dengan lagu baru. Tapi bila tengok keadaan yang tidak sesuai kami tangguhkan dulu rancangan tersebut. Sekarang ni kami fokus pada perkara yang penting-penting sahaja.’’

Persembahan Poey di Kepulauan Riau Indonesia

Kini Poey bahagia bersama isterinya Hamizah Hamzah,36, bersama empat orang anaknya iaitu Putri Nur Amyshakila, 17, Muhammad Rayyan Mikhail Hasmy, 14, Muhammad Riffqqie Marcell Hasmy, 11, dan Muhammad Raffel Maliqqie Hasmy,7.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here