Oleh Fetty Rara

KESATUAN Eropah (EU) memberi amaran akan memperketat peraturan eksport vaksin kepada 27 negara anggotanya berikutan kontroversi berhubung Astra Zeneca.

Setiausaha Kesihatan Stella Kyriakides berkata EU akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu bagi melindungi rakyat blok tersebut, lapor bbc.com.

Minggu lalu Astra Zeneca memaklumkan bahawa EU semakin ketinggalan dalam menepati sasaran bekalan vaksin berkenaan kerana masalah pengeluaran.

Program pengagihan yang diusahakan oleh EU bagi pihak negara-negara anggota dikecam kerana lewat.

Isu tersebut juga dijangka akan menjejaskan bekalan vaksin Pfizer-BioNTech yang dihasilkan bersama oleh AS dan Jerman kepada United Kingdom.

Perkembangan terbaharu ini telah menyebabkan program vaksinasi di beberapa negara anggota EU terjejas susulan pengurangan jumlah penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech hinggakan beberapa negara mengugut akan mengambil tindakan undang-undang.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here