Oleh Yusoff Ahmad Shariff

POLIS rusuhan di Belanda sekali lagi bertempur dengan penunjuk perasaan yang membantah pelaksanaan perintah berkurung di negara itu.

Media tempatan melaporkan lebih 150 orang ditangkap, sementara di Rotterdam polis terpaksa melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata setelah arahan darurat yang dikeluarkan oleh datuk bandar gagal menyuraikan penunjuk perasaan.

Pergolakan bermula sepanjang hujung minggu lalu apabila penunjuk perasaan mencabar pelaksanaan pelbagai sekatan bagi mengekang penularan Covid-19.

Perdana Menteri Mark Rutte mengecam apa yang berlaku dan menyifatkannya sebagai ‘jenayah ganas.’

Menurut John Hopkins University di Amerika Syarikat yang memantau keadaan pandemik global,  Belanda mencatatkan hampir sejuta kes jangkitan Covid-19 sejak awal, dengan lebih 13,500 kematian.

Rusuhan dan keganasan turut berlaku di beberapa bandar raya lain semalam, termasuk Amsterdam, Amersfoot dan Geleen.

Bagi menangani keadaan yang semakin meruncing Datuk Bandar Rotterdam telah menandatangani dekri darurat yang memberikan kuasa lebih meluas kepada polis untuk membuat tangkapan.

Keganasan di Belanda pada Ahad lalu dianggap sebagai yang paling dahsyat dalam 40 tahun.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here