SPRITZER Malaysia menyumbang air mineral kepada penduduk di kawasan terlibat di dalam banjir baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semulajadi paling laris di Malaysia, telah mengedar air mineral dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Sejak 7 Januari lalu, Spritzer telah menghulurkan bantuan berbentuk air mineral di kawasan terjejas banjir di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Sehingga kini, lebih daripada 25,000 botol air mineral telah diedarkan dan lebih banyak akan disumbangkan dalam usaha yang berterusan ini.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, dengan sokongan penuh anak syarikat dan pengedarnya Spritzer, pihak syarikat dapat memberikan bantuan di seluruh negara, termasuk kawasan yang terjejas akibat banjir.

Syarikat mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan berharap bantuan terbaharu ini akan membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ketika pandemik COVID-19 yang sudah cukup menjejaskan ramai orang.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here