SEBANYAK 3,585 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia sebanyak 190,434 kes, maklum KKM.

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 40,574 kes.

Seramai 280 pesakit dirawat di ICU dengan 111 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 11 kematian direkod menjadikan jumlah korban terkumpul seramai 700 kes.

Selangor mencatat jangkitan tertinggi dengan 1,295 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 610 kes dan Johor sebanyak 516 kes.

Sabah yang pernah merekodkan kes harian tertinggi, kini mencatatkan 303 kes hari ini.

https://bit.ly/3cdeMQU
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here