KUALA LUMPUR — Ar Raeed Advisory, agensi insurans AIA bakal menganjurkan majlis 2021 Virtual Kick Off bertemakan ‘Stronger building success together’ secara maya pada Khamis 28 Januari ini.

Majlis yang julung kali itu akan menyaksikan pelbagai kejutan dan kelainan bagi menghargai kejayaan ejen insurans AIA dan AIA Public Takaful Berhad.

Pengurus Ar Raaed Advisory, Ahmad Radhi Zakaria berkata, agensi miliknya itu mengambil inisiatif menganjurkan majlis tersebut bagi meraikan prestasi pencapaian ejen pada tahun lepas dan kejayaan dalam merangkul ‘AIA Million Dollar Agency’.

“Meskipun kita dalam pandemik Covid19, Ar Raaed Advisory tetap menghargai kesungguhan ejen dengan penganjuran majlis secara maya. Majlis akan berlangsung bermula pada pukul 11 pagi hingga 4 petang secara persidangan video maya melibatkan 35 orang tetamu.

“Ia juga bagi menyuntik semangat ejen untuk bekerja dalam suasana Covid19. Ejen masih lagi boleh bekerja seperti biasa walaupun pergerakan terhad berikutan pematuhan PKP” katanya.

Ahmad Radhi Zakaria

Lebih menarik, Ahmad Radhi memberitahu, kejutan pada majlis itu, anugerah akan dihantar secara terus kepada ejen ketika berlangsungnya sidang video berkenaan.

Selain itu, Ar Raaed Advisory juga menyediakan set makanan tengah hari dari Hotel Grand Hyatt yang dihantar ke rumah 30 ejen yang menyertai persidangan itu.

“Sesuai dengan situasi sekarang, majlis ini masih mengekalkan suasana sama seperti majlis makan yang diadakan di hotel,” jelasnya.

Tambahnya, turut meraikan majlis itu dua tetamu undangan khas iaitu MDRT, Mohd Fadzil Selamat dan individu berpengaruh ‘Social Media Influencer’, Arab Ahmad yang akan menerangkan bagaimana untuk menjana pendapatan secara online.

“Menerusi persidangan ini, kita akan menerangkan produk AIA yang kini memberi pampasan kepada pesakit Covid19 iaitu sebanyak RM200 sehari. Produk terbaru ini boleh melindungi dan membiayai rawatan pesakit Covid19 di hospital swasta seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini,” katanya.

Jelas Ahmad Radhi, orang ramai kehilangan kerja ekoran Covid19 atau mereka yang ingin menambahkan pendapatan dengan menceburi bidang insurans boleh menghubungi talian 012-263 6306 dan melalui email [email protected] atau boleh melayari www.arraaed.com.my.

“Ar Raaed Advisory telah membantu pelbagai generasi menjana pendapatan bersama AIA dengan skim Elite dan Elite Premier Leader yang menawarkan elaun RM3,000 hingga RM9,000. Peluang ini perlu direbut dan bidang ini sebenarnya tidak susah sekiranya kita tahu hala tuju yang akan dibantu oleh pihak kami sehingga mencapai sasaran,” katanya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here