Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dalam industri pembalakan mesti dibasmi habis-habisan kerana kegiatan tersebut memberi kesan serius kepada flora dan fauna untuk jangka masa pendek dan panjang.

Isu pembalakan haram juga bukan melibatkan benda kecil seperti dadah untuk disembunyikan dengan mudah apabila batang balak yang besar dibawa keluar dari hutan.

Menurut Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd.Azmi Abdul Hamid,
pihaknya berpendapat yang dikata balak haram itu sebenarnya tidak wujud.

“Pembalakan haram pada hakikatnya tidak wujud, yang ada ialah pembalakan haram yang dihalalkan bila pihak berwajib memejamkan mata untuk tidak bertindak ke atas pihak yang beroperasi dengan bebas, “katanya,” katanya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd.Azmi berkata, pihaknya mempersoalkan mengapa pihak berkuasa mula menyiasat adanya kegiatan pembalakan haram setelah aktiviti tersebut menyebabkan tanah runtuh dan banjir besar di sesuatu kawasan.

Ujarnya lagi, operasi pembalakan yang dikatakan haram tersebut bukan juga melibatkan jentera kecil tetapi jentera besar dan pengangkut balak yang berulang-alik memasuki kawasan hutan terbabit.

“Menurut statistik Global Forest Watch, Malaysia memiliki 20.3 mega hektar hutan semula jadi pada tahun 2010. Bagaimanapun, jumlah itu semakin menyusut hingga pada 2019, negara kehilangan 193,000 hektar hutan semula jadinya.

“Kenapa ini terjadi? Jawabnya adalah wujud penyelewengan, salah guna kuasa, tidak berintegriti dan rasuah yang membenar dan menghalalkan pembalakan haram,”katanya.

Beliau menegaskan, masalah pembalakan haram akan terus berlaku selagi pihak berkuasa tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya untuk membendung kegiatan tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here