Oleh Fetty Rara

 

GABENOR bank pusat China telah memberikan isyarat bahawa ‘pintu sentiasa terbuka’ bagi Ant Group disenaraikan buat pertama kali di pasaran saham.

Syarikat yang disokong oleh pengasas syarikat e-dagang Alibaba milik Jack Ma  itu akan disenaraikan pada November depan, lapor bbc.com.

Pihak kawal selia China sebelum ini telah menggantung penyenaraian kumpulan tersebut dan kemudian disusuli dengan arahan penstrukturan semula di Alibaba.

Tidak lama kemudian dunia dikejutkan oleh ‘kehilangan’ Jack Ma setelah beliau yang sepatutnya mengambil bahagian dalam satu rancangan TV tidak hadir.

Tiba-tiba pada minggu lalu beliau muncul semula dalam talian untuk berucap kepada sekumpulan guru sempena satu majlis amal.

Sementara itu, Gabenor Bank China, Gang Yi berkata penyenaraian Ant Group boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu.

Sebelum campur tangan pihak berkuasa, Ant Group di ambang penjualan saham berjumlah AS$34.4 bilion yang pada ketika itu bakal menjadikan penyenaraiannya di Shanghai dan Hong Kong yang terbesar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here