Ini bukan pertama kali Zarina Anjoulie diceraikan sebab itu beliau tenang hadapi situasi ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM


TIADA siapa pun yang mahukan perceraian selepas mendirikan rumah tangga. Semua pasangan mahu sehidup semati dengan pasangan masing-masing hingga ke jannah.

Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang dapat menghalang, jika telah ditakdirkan mahligai yang dibina ibarat istana pasir.

Walau apa yang berlaku kehidupan perlu diteruskan, biarpun tanpa ‘soulmate’.

Dalam kesibukan warganet memperkata tentang kemelut rumah tangga pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar yang didakwa curang dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera, tiba-tiba hari ini (27 Januari 2021), pelakon kontroversi Zarina Anjolie yang tampil memberitahu beliau sudah bercerai dengan suami, Eilyas Azhar.

Melihat kepada status yang dimuat naik dalam Instagramnya, Zarina seolah-olah pasrah dengan perceraian tersebut dan menganggap itu merupakan keputusan terbaik yang telah dibuat.

Lepas umum cerai Zarina Anjoulie meneruskan aktivitinya membuat reviu produk di media sosial.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 34, boleh memuat naik status tersebut dengan tenang kerana ini bukanlah pengalaman pertamanya menempuhi situasi tersebut.

Pada 18 Disember 2016, beliau pernah menerima berita yang sama daripada Pengiran Mohd. Ilham Syazwan, bekas suami yang dinikahinya pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan dengan lelaki dari Brunei itu, beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Bagi Zarina, lebih baik berpisah jika hubungan antaranya dengan Eilyas yang disatukan pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan itu sudah tidak sehaluan.

““Seperti yang anda semua tahu…ya, saya dah bercerai. Bukan sebab nak kecoh pun tapi sebab ramai dah bertanya dan tak ada yang teruk terjadi. Cuma, saya rasa kami sudah tidak sehaluan lagi. Jadi, ia adalah pilihan.

“Terima kasih sangat kepada semua orang yang mesej, DM (direct message) dan hubungi saya…terima kasih sebab ambil berat. Saya sangat terharu tapi saya rasa ini yang terbaik untuk saya. Tula, saya nak fokus kepada kerja dan keluarga serta anak lelaki saya.

“Saya nak luangkan masa dengan keluarga sebab dah bertahun-tahun duduk seorang. Saya hanya nak gunakan masa untuk berada di sisi keluarga saya,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram.

Malah status sebelum video itu, Zarina sempat menulis kapsyen yang beliau rasa gembira selepas mengumumkan berita tentang perceraiannya itu.

“Alhamdulillah yeay…Aku dah cerai…best day of my life..Alhamdulillah, terima kasih Yas,” ungkapnya.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here