Zoey Rahman terharu kerana Permaisuri Agong terima pemberiannya yang tak seberapa itu.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM


BILA artis kesukaan membalas tweet atau memberi komen di media sosial milik kita, mesti seronok kan? Kalau boleh nak tunjuk pada semua kawan-kawan. Apapun, kalau mendapat balasan daripada artis, itu sudah menjadi perkara biasa.

Lainlah ceritanya kalau anda mendapat komen atau maklum balas daripada pemimpin ternama, barulah luar biasa.

Bagaimana kalau anda mendapat maklum balas daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri. Hah! Cuba ceritakan perasaan anda saat itu.

Semalam (26 Januari) merupakan hari yang paling bersejarah buat pelakon dan usahawan Zoey Rahman, apabila akaun IG airtangan_tunkuazizah memuat naik kapsyen terima kasih atas pemberian daripadanya.

Tuaku Azizh memuat naik pemberian daripada Zoey di Instagram miliknya, semalam.

“Terima kasih kepada @zoeyrahman…sedapnya, dried bananas…and for the make up too,” tulis Tunku Azizah.

Bagi Zoey, kesudian Raja Permaisuri Agong menerima pemberian yang tak seberapa daripadanya merupakan satu hadiah yang tak ternilai.

Zoey yang merupakan pengasas Mikaseries Sdn. Bhd., dan duta Palut’s Superhero untuk produk Banana Sangrai Crispy itu memberitahu, beliau sekadar mencuba nasib menghantar produk tersebut kepada Raja Permaisuri Agong.

“Kami hantar saja suka-suka, kata orang mencuba nasib. Waktu kami hantar Permaisuri Agong berada di Pahang kerana melawat kawasan banjir. Kami menggunakan khidmat LalaMove untuk hantar barang tersebut ke Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Orang LalaMove hantar sampai kepada pengawal, kemudian kami beritahu pengawal bertugas bahawa barang yang dihantar adalah kerepek pisang salai dan alat mekap. Minta tolong sampaikan kepada Raja Permaisuri Agong.

Kerepek pisang salai keluaran Palut’s Superhero yang melantik Zoey sebagai salah seorang duta produknya.

“Sebenarnya, hampir lupa dah pasal penghantaran barang tersebut. Masa hantar tu pun kita gamble saja, kalau ada rezeki sampailah kepada Raja Permaisuri Agong. Tak sangka semalam, Tuanku Azizah muat naik kat IG. Rasa gembira sangat sebab Tuanku terima pemberian kita yang bukan siapa-siapa,” cerita Zoey ketika dihubungi.

Tambahnya, idea untuk memberi ‘hadiah’ tersebut kepada Raja Permaisuri Agong kerana beliau mahu Tunku Azizah merasai kerepek salai tersebut.

“Permaisuri kan suka memasak, tentu baginda ada cita rasa tersendiri dalam setiap makanan. Lagipun kerepek pisang tu unik juga sebab tak digoreng. Untuk alat solek keluaran Mikaseries saya sertakan sebab Permaisuri memang jelita. Mana tau kalau baginda suka dengan alat solek Mikaseries.

Kosmetik Mikaseries yang diasas oleh Zoey turut dihantar kepada Raja Permaisuri Agong.

“Alhamdulillah, lepas Permaisuri muat naik kat IG, ada yang DM (direct message) berminat dengan produk tersebut. Ini bukan nak cari publisiti murahan. Kita yakin produk itu bagus dan apa salahnya, kita bagi Raja Permaisuri Agong cuba. Kalau baginda tak sudi pun, kita sedar diri. Bukan nak viral. Kalau baginda terima itu adalah rezeki kami dan tak fikir nak kontroversi,” jelasnya.

Zoey yang sebelum ini dikatakan syok sendiri kerana mendapat kereta Vellfire daripada syarikat sempena ulang tahunnya yang ke-36, tidak mudah melatah dengan segala komen negatif.

Dek sikap positifnya itulah, Zoey berjaya mengembangkan produk Mikaseries ke tahap yang lebih baik. Malah, dalam keadaan sekarang juga, beliau sibuk memikirkan perniagaan apa yang boleh diterokai mengikut situasi semasa.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here