Oleh Fetty Rara

“TIADA siapa pun akan selamat sehingga semua orang selamat” – itulah hakikatnya apabila negara-negara kaya menyimpan stok vaksin terlalu banyak hinggakan negara-negara miskin dan kurang berkemampuan mengalami kesukaran dalam usaha untuk mengekang penularan lebih serius pandemik Covid-19.

Keadaan ini dirasai di Afrika Selatan berikutan mutasi baharu Covid-19 yang lebih mudah berjangkit dan meletakkan pihak berkuasa kesihatan negara itu dalam dilema, lapor bbc.com.

Tanggapan sesetengah negara kaya bahawa sekiranya mereka mampu menyuntik seluruh penduduk mereka akan selamat adalah salah.

Menurut pengerusi panel penasihat Covid-19 Afrika Selatan Prof Salim Abdool Karim dalam dunia sekarang ini tiada siapa pun akan selamat selagi semua orang tidak selamat.

Beliau memberi amaran bahawa pandemik itu akan kekal bersama kita dan menular merata selagi sesetengah negara tidak mampu untuk menyuntik semua penduduknya walaupun vaksin demi vaksin baharu dihasilkan.

Tiada penghujung kepada keadaan ini jika sebuah negara berjaya mengekang penularan virus berkenaan sementara negara-negara lain terus terpaksa bergelut dengan penularan yang tidak mampu dikawal.

Prof Salim berkata keadaan sekarang tidak boleh diterima memandangkan negara seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom telah mula menyuntik golongan muda berisiko rendah, walhal di Afrika golongan tua dan petugas barisan hadapan pun belum berpeluang untuk diberikan vaksin.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here