KUALA LUMPUR — Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019.

Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100, berbanding 53, pada tahun sebelumnya.

“Antara perkara yang mempengaruhi skor ini adalah kegagalan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik, serta beberapa pendakwaan rasuah yang digugurkan seperti melibatkan Riza Aziz, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Pada masa sama, faktor akses yang terhad kepada informasi yang melibatkan kepentingan rakyat. Ia termasuk nilai pampasan berkait Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan pampasan kepada Goldman Sachs mengenai kes 1MDB yang masih belum diketahui,” ujarnya.

Mengulas berkenaan skor tahun ini di peringkat antarabangsa, katanya, COVID-19 turut membawa pelbagai isu berkait rasuah.

“Pandemik COVID-19 bukan hanya krisis kesihatan, tetapi juga krisis kepada permasalahan rasuah.

“Pakej rangsangan tidak sampai kepada kumpulan sasar, sekali gus membuka ruang kepada berlakunya rasuah,” katanya.

Keputusan tinjauan yang dilakukan setiap tahun itu diumumkan beliau secara maya hari ini.

Singapura menjadi satu-satunya negara di Asia yang berjaya berada di kedudukan ke-10 terbaik dunia.

CPI 2020
Baca lagi: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/indeks-persepsi-rasuah-malaysia-jatuh-ke-tangga-57-280163
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here