Masjid Assyafaah antara dua masjid yang disasarkan untuk serangan.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEORANG budak lelaki berumur 16 tahun telah ditahan kerana didakwa merancang untuk membunuh orang Islam di dua masjid pada hari ulang tahun serangan Christchurch.

Dengan diinspirasikan Brenton Tarrant yang menyerang masjid di Christchurch New Zealand, budak lelaki tersebut merancang untuk menikam mangsa-mangsanya dan sekali gus menyiarkan perbuatannya secara ‘live’ melalui media sosial, lapor bbc.com.

Budak lelaki tersebut merupakan individu paling muda ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Ngeri Singapura yang membenarkan penahanan tanpa pembicaraan.

Serangan di Christchurch sebelum ini dianggap yang paling buruk dalam sejarah New Zealand.

Seramai 51 orang terbunuh apabila Tarrant melepaskan tembakan rambang di dalam dua masjid pada 15 Mac 2019. Dia kini menjalani penjara seumur hidup tanpa peluang parol.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Singapura, budak berusia 16 tahun yang ditahan itu belum dikenal pasti tetapi dikatakan seorang penganut Kristian Protestan yang didorong oleh kebencian terhadap Islam dan kecenderungan untuk melakukan keganasan.

Dia ditahan sejak bulan lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here