Oleh Nafsiah Jani

SATU waktu dulu, wajah anak Cina Kelantan ini sering menghiasi kaca tv namun kini wajahnya kurang kelihatan menyebabkan ramai yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya pelakon Dato’ T.S Jeffry.

T.S Jeffry, 54, adalah anak kelahiran Tendong,Pasir Mas, Kelantan.

Kini beliau sibuk dengan syarikatnya sendiri, iaitu Pentas Wayang Production Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 2001 dan mula sibuk pada 2004 hinggalah sekarang ini.

Kata anak sulong daripada 10 adik- beradik ini, kesibukkan sebagai pengarah dan penerbit membuatkan dia kurang mengambil tawaran berlakon.

“Ada juga tawaran berlakon dan mengarah drama syarikat luar namun semuanya terpaksa ditolak kerana sibuk dengan produksi syarikat sendiri. Mana tidaknya, saya sendiri yang mengarah dan menerbitkan sesebuah program tersebut.

“Setahun tiga atau empat projek saja yang saya buat. Kebanyakannya drama bersiri sebanyak 13 episod. Itu pun dah banyak pada saya. Bukan saya tak percaya pengarah lain. Kalau tak sempat barulah saya bagi pengarah yang juga kawan-kawan saya seperti Jamal Khan, Nazir dan Zulkifli Arshad.

T.S Jeffry menambah,Mungkin ada yang hairan bagaimana saya seorang pelakon boleh bergelar pengarah pula.

“Dah 31 tahun saya dalam bidang lakonan ini. Sebelum berlakon saya banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir kerana saya sudah menyimpan hasrat menjadi pengarah satu hari nanti.

“Telemovie pertama arahan saya, Pelayaran Kasih terbitan syarikat Indera Mutiara yang menampilkan Arash dan Lidyawati. Hinggalah saya tubuhkan syarikat penerbitan drama saya sendiri.

“Walaupun sibuk dengan produksi sendiri, saya sempat juga berlakon drama Tuan Petri Saadong membawakan watak Raja Siam, Gerak Khas The Finale bergandingan dengan Nash Lefthanded membawa watak penjahat.’’

Dalam Gerak Khas The Finale

Selepas itu beliau diberi kepercayaan mengarah drama Halimah Jongang, Masak lemak Cili Api dan Dollah Hapak.

“Sepanjang bergelar pelakon saya dah bawa pelbagai jenis watak. Bila saya berjaya membawa watak tersebut dan penonton boleh terima…itulah kepuasan saya sebagai pelakon,’’ ujarnya lagi.

Bercerita mengenai anugerah yang diterimanya,” Tahun 2015 saya dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). Anugerah ini membuatkan saya rasa sangat dihargai. Walaupun saya tidak sepopular hero-hero lain namun orang nampak bakat saya. Saya amat menjunjung kasih pada Almarhum Sultan Pahang dan kerabat-kerabat Pahang yang memberi saya DIMP ini.

Kini T.S. Jeffry bahagia bersama isterinya, Datin Domithila,30 dan tiga orang cahayamata. Anak-anaknya ialah Teressa, 8, Terrencez, 5, dan Terenna 1½.

Ratu setiap Sabtu di TV Okey

Terbaru melalui syarikatnya, Pentas Wayang Production Sdn. Bhd., T.S. Jeffry baru saja menerbitkan program majalah bertajuk Projek Ratu yang menampilkan bekas ratu-ratu cantik setiap daerah di Sabah.

Projek Ratu bersiaran di TV Okey pada setiap hari Sabtu jam 2.30 petang mulai 2 Januari lalu hingga 27 Mac nanti. Program berbentuk majalah ini menampilkan 13 orang Ratu Cantik Unduk Ngadau di Sabah.

eluarga bahagia… T.S Jeffry

Ratu-ratu ini akan tampil dalam tiga segmen iaitu sebelum dan selepas bergelar ratu, aktiviti sukan lasak yang mereka sukai serta masakan tradisi daerah mereka.

Bagi projek pertama ini seramai 13 ratu cantik daripada setiap daerah Sabah antaranya dari Kota Kinabalu, Tambunan, Tenom, Keningau dan Kemabung yang akan ditampilkan.

“Kalau dapat sambutan dan projek ini disambung lagi, mungkin saya akan mencari ratu-ratu cantik Unduk Ngadau di kawasan pendalaman pula. Kalau ada rezeki projek akan datang lebih mencabar lagi sebab kami perlu menaiki bot untuk menjejaki ratu-ratu ini,’’ kata T.S Jeffry lagi.

T.S Jeffry kini sedang menunggu drama bersiri terbarunya, Misi Dania Cun 2 menemui penonton. Kisah misi ini bakal menampilkan penyanyi Elyana sebagai watak utama mengantikan Datin Niena Baharun yang waktu musim kedua pengambaran baru saja melahirkan anak keduanya.

“Drama bersiri ini dah lama siap dan kini tunggu masa saja TV1 (RTM) nak tayangkan pada waktu yang sesuai. Musim kedua ini akan lebih meriah lagi kerana Misi Dania sudah berpindah ke Kedah pula selepas Kelantan.

“Harap-harap bulan Mac ini pandemik Covid-19 ini sudah hilang kerana saya nak mulakan penggambaran drama terbaru Mrs VIP sebanyak 20 episod untuk siaran TV Okey RTM,’’ ujar T.S Jeffry lagi mengenai gandingan Bella Astillah dan hero baru, Ikhmal Johari.

Penyanyi Elyana (kanan) dalam Drama Misi Dania Cun 2

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here