Prof Dato Dr Ishak Ismail Universiti Malaysia Pahang kembali ke rahmatullah

0
888

Innali’llahi wa inna ilahi raji’un. Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dato Dr Ishak Ismail telah kembali ke rahmatullah pada Khamis 4 April 2019.

Allahyarham yang merupakan Professor di Fakulti Pengurusan Industri UMP juga merupakan suami kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Dato Dr Hasnah Haron.

Salam Takziah daripada BebasNews.my buat Keluarga dan sama-sama kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Kuantan dan dikebumikan di Nilai, Negeri Sembilan.

–BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here