Ririe Fairus dan suami, Ayus Sabyan kini tidak lagi sehaluan.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

DALAM industri seni hiburan Indonesia, kecoh tentang berita perceraian pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus, Ayus Sabyan dengan isteri, Ririe Fairus.

Hari ini (17 Februari) Ayus atau nama sebenarnya, Ahmad Fairuz sepatutnya hadir di pejabat Pengadilan Agama Jakarta Utara untuk menjelaskan bahawa beliau dan Ririe atau nama sebenarnya Eri Fitriyah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari 2021.

Menurut Humas Pengadilan Agama Jakarta Utara, Agus Abdullah, disebabkan Ayus tidak hadir, tuntutan cerai daripada Ririe itu akan ditetapkan pada tarikh baharu iaitu, 2 Mac depan pula.

“Kami lihat dari berkas sekilas tadi, ternyata bahawa menerangkan mbak Erie telah berpisah tempat tinggal dengan suaminya. Ternyata yang meninggalkan tempat tinggal bersama suaminya,” ujar Agus Abdullah kepada portal Insertlive.

Khabarnya, Ririe Fairus sudah lama mengetahui tentang Ayus dengan Nissa Sabyan.

Ririe yang ditemani oleh saudaranya, Maryatul Kibtiyah membuat permohonan cerai daripada Ayus pada 27 Januari lalu ekoran gosip yang mendakwa suaminya itu berselingkuh (skandal) dengan Nissa atau Khoirunnisa, 22, vokalis utama kumpulan Sabyan.

Ayus dan Ririe menikah pada 13 Oktober 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak.

Hasil perkahwinan, Ririe dan Ayus dikurniakan dua orang cahaya mata.

Kisah keretakan rumah tangga pasangan itu mula dihidu ramai apabila seorang pemilk akaun yang mengaku sebagai sepupu kepada Ririe memuat naik berita tentang Ayus dengan Nissa Sabyan.

Menerusi muat naik itu, menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin antara Nissa Sabyan dan Ayus itu sudah terjadi sejak beberapa tahun ke belakang. Berikutan berita tersebut, Ririe mengambil keputusan untuk menuntut cerai daripada Ayus.

“Jadi Ayus Sabyan itu yang punya band Sabyan dan selingkuh sama vokalisnya, Nissa Sabyan. Udah bertahun-tahun kak isterinya tutup rapat aib suaminya tapi mereka berdua kekeuh ngaak mau pisah. Isterinya akhirnya gugat cerai, udah aku jadiin konten TikTok juga. Aku sepupunya,” tulis pemilik akaun tersebut.

Kini hanya anak-anak merupakan penggubat luka di hati Ririe Fairus.

Terkait isu melibatkan maruahnya, Ririe mengaku terkejut kerana berita pergolakan rumah tangganya menjadi begitu besar.

“Terima kasih atas perhatiannya, tapi mohon maaf saya masih syok (terkejut) dengan pemberitaan ini, karena saya tidak pernah berniat untuk menyebar luaskan permasalahan keluarga saya,” kata Ririe sewaktu dihubungi wartawan portal Liputan6.

Kumpulan Sabyan Gambus yang popular dengan lagu Deen Assalam, pernah mengadakan Konsert Sabyan Gambus Live in Malaysia 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12 Januari 2019.

Anggota Sabyan Gambus terdiri daripada Nissa (anggota paling muda), Ahmad Fairuz, Sofwan Yusuf (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (biola) dan Anisa Rahman selaku vokalis kedua yang sudah pun menarik diri daripada kumpulan tersebut.

Nissa vokalis Sabyan Gambus didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Ayus dan Ririe.

Gara-gara Nissa, isteri Ayus menuntut cerai.

-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

Comments are closed.