Hari ini Hnnah Delisha sah bergelar isteri kepada Imam Shah.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

AKHIRNYA selepas lima tahun menjalin hubungan, hari ini (18 Februari) pelakon jelita Hannah Delisha, 25, sah bergelar isteri kepada Imam Shah, 32.

Majlis pernikahan Hannah Delisha dengan pengasas Black Iron Fitness itu berlangsung di Singapura.

Imam Shah atau nama sebenarnya, Muhammmad Imam Shah Abdul Mutalib, yang juga seorang pelakon itu pernah membintangi beberapa drama terbitan Malaysia.

Hannah Delisha jarang bercerita tentang kisah cintanya dengan Imam Shah yang sudah terjalin sejak lima tahun lalu.

Antara drama lakonan Imam Shah adalah Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Bilik Sewa, Lafazkan Kalimah Cintamu sebagai Shafiq dan Kau Yang Pertama.

Sementara itu, bagi penonton di Singapura, beliau dikenali sebagai pelakon aksi untuk drama bersiri Saga. Malah beliau pernah bergandingan dengan Hannah Delisha dalam drama Faculty (2017).

Manakala, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch yang popular dengan watak Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi sebelum ini jarang bercerita kisah peribadi.

Semoga pernikahan Hannah Delisha dan Imam Shah kekal hingga ke jannah.

Apabila beliau memuat naik foto hari bersejarahnya di Instagram hari ini ramai rakan-rakan mengucapkan tahniah, termasuk bapanya, Peter Birch.

“I am very prooud and happy for you my daughter. I wish you and Imam every happiness and success in your lives together,” tulis bapanya.

Antara rakan-rakan artis yang mengucap taniah kepada Hannah ialah Erwin Dawson, Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Nelydia Senrose dan Amyra Rosli.

-BebasNews

Please follow and like us: