KEMENTERIAN kesihatan melaporkan 2,712 kes Covid-19 dan 25 kematian hari ini, rekod kematian paling tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,320 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih kekal mengatasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 235,082.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 2,708 adalah penularan tempatan manakala empat jangkitan di luar negara.

https://bit.ly/3bmNOnU
Please follow and like us: