fotoBERNAMA

PUTRAJAYA — Boleh makan di kedai mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter serta jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan, merupakan antara kelonggaran baharu diputuskan kerajaan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu berkuat kuasa esok.

“Mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kita longgarkan syarat-syarat ini. Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri… kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini.

PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang telah dilanjutkan bermula esok hingga 1 Mac ini.

Berdasarkan SOP di kawasan PKP sebelum ini, hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja di kedai makan dan hanya dua penumpang dibenarkan menaiki satu kenderaan.

-Bernama 

Please follow and like us: