FOTO: The Star.

Oleh Fetty Rara

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Malaysiakini telah menghina mahkamah apabila menyiarkan satu komen pembaca yang mengkritik badan kehakiman pada tahun lalu.

Portal berita dalam talian itu didapati telah gagal menyangkal kesangsian berhubung dakwaan terhadapnya.

Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf berkata mahkamah berpuas hati bahawa satu kes penghinaan telah dibuat ke atas Malaysiakini.

Mahkamah tersebut, bagaimana pun, mendapati bahawa ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan tidak bertanggungjawab di atas perlakuan penghinaan itu, lapor The Star.

-BebasNews

Please follow and like us: