Oleh Fetty Rara

BEKAS Ketua Eksekutif PT Bank Permata Ridha Wirakusumah telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Dana Pelaburan Indonesia (LPI) yang berperanan menarik pelaburan bagi projek-projek tempatan yang merangkumi infrastruktur dan sektor kesihatan, antara lain.

Menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Wirakusumah pernah memegang jawatan di KKR & Co, General Electric, dan American International Group Inc.

Bekas pengarah syarikat petroliam dan gas PT Pertamina akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, sementara Stefanus Ade Hadiwidjaja yang sebelum ini bersama firma ekuiti Creador Capital Group pula dilantik sebagai pengarah pelaburan.

Marita Alisjahbana dari Citibank Indonesia memegang portfolio pengarah risiko, dan bekas ketua eksekutif PT Garuda Indonesia sebagai pengarah kewangan.

Susunan terbaharu itu dilihat sebagai sejajar dengan anjakan Indonesia ke arah menubuhkan dana kekayaan baharu yang sekarang memiliki lebih daripada AS$15bil dalam bentuk aset dan menyasarkan pertumbuhan sehingga AS$100bil.

Bagi Jokowi, walaupun tindakan Indonesia agak lewat bertindak, namun ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu kini aktif menumpu secara agresif untuk menarik pelaburan bagi mengimbangi kesan pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi ke aras positif pada tahun ini.

Kesemua pelantikan itu melengkapkan persediaan untuk menggerakkan operasi dana berkenaan walaupun kerajaan masih belum menyatakan tempoh masa operasi akan bermula.

Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati berkata menjelang akhir tahun ini dana tersebut diunjurkan mencecah modal sasaran setinggi 75 trilion rupiah (AS$5.4bil).

Menjelaskan lanjut, Wirakusumah berkata projek-projek infrastruktur bernilai kira-kira AS$9.5 telah dikenal pasti untuk pembiayaan, bermula dengan lebuh raya bertol milik kerajaan.

Beliau juga bertekad mahu memastikan agar dana itu dikendalikan secara telus dan profesional, susulan komplikasi skandal 1MDB di Malaysia.

Sehubungan itu Wirakusumah akan menyasarkan dana pelaburan yang menambah nilai daripada sumber bersih.

Beliau turut menegaskan bahawa Presiden Jokowi tidak mahu melihat dana tersebut jadi seperti 1MDB.

-BebasNews

Please follow and like us: