MALAYSIAKINI telah mencapai lebih daripada sasaran kutipan dana sebanyak RM500,000 dalam masa kurang dari lima jam.

Pengumpulan dana tersebut untuk membantu portal berita ini membayar denda RM500,000 setelah Mahkamah Persekutuan mendapati Malaysiakini bertanggungjawab atas komen menghina pembacanya.

Semua sumbangan akan dipertanggungjawabkan dan Malaysiakini akan telus.

Malaysiakini masih mempertimbangkan bagaimana untuk menyalurkan lebihan dana.

Ketua Pegawai Eksekutif portal berita ini, Premesh Chandran mengucapkan terima kasih kepada pembaca dan orang ramai atas sokongan mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pembaca dan penyokong kami, kerana telah menolong kami, walaupun, saya yakin ramai yang mengalami kesukaran ketika wabak ini.

“Ini menunjukkan semua yang benar dan salah di negara ini. Bahawa rakyat bersedia untuk ikut terlibat dan melakukan apa saja untuk membuatkan suara mereka didengar dan menjadikan negara lebih baik dan menyumbang dalam memperbaiki kesalahan,” katanya.

Katanya lagi, Malaysiakini akan terus melaporkan tanpa rasa takut dan pilih kasih, dan akan melakukan yang terbaik supaya memastikan suara rakyat didengar.

Sementara itu, ketua pengarang Steven Gan berkata dia terharu dengan kemurahan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

“Kami di Malaysiakini merasa sangat rendah hati dengan kemurahan hati mengejutkan yang ditunjukkan oleh mereka yang telah menyumbang kepada Tabung Pembelaan Undang-undang kami.

“Kami tidak tahu bagaimana untuk membalas kepercayaan anda kepada kami selain daripada terus melakukan tugas kami dengan sebaik mungkin dalam persekitaran yang semakin memusuhi wartawan di Malaysia,” katanya.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/563604
Please follow and like us: