KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 4,889 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih mengatasi jangkitan baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 239,971.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 2,919 adalah penularan tempatan manakala 17 jangkitan di luar negara.

Dengan 13 kematian direkodkan menjadikan angka korban Covid-19 setakat ini 1,043 mangsa.

Sehingga kini, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara 277,811 kes.

Ketika ini, 36,797 mangsa sedang dirawat, dengan 220 di ICU dan 104 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Memperincikan kes jangkitan baharu, Hisham berkata Selangor terus melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 978 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 722 kes (73.8%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Ini diikuti Johor dengan 730 kes, Kuala Lumpur (227), dan Sarawak (199).

Katanya, 112 kes (3.8%) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (64 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (17 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Berkenaan kes kematian pula, Dr Noor Hisham berkata daripada 13 kes kematian, 12 membabitkan rakyat tempatan dan satu bukan warganegara.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 6 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3 kes di Selangor, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Melaka dan Johor,” katanya.

https://bit.ly/3biKfPm

 

Please follow and like us: