KUALA LUMPUR – Richworks International Sdn. Bhd. telah melancarkan Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021, sebuah platform perintis bagi menyediakan usahawan dengan ilmu, latihan dan bimbingan untuk bangkit mengatasi impak Covid-19 dan pada masa yang sama membina bisnes yang berjaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 65,000 peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah menyertai Seminar Bina Bisnes Berjaya yang berlangsung pada setiap hujung minggu, kata Richworks dalam kenyataan di sini.

Majlis pelancaran juga dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa Mentor Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan pengumuman berkenaan program terbaharu Richworks, Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas – Your First Million Summit yang akan diadakan secara percuma.

Tambahan lagi, RichWorks juga bakal menaja sejumlah RM250,000 untuk 10 usahawan untuk mengikuti Program Mentoring Richworks, program latihan bimbingan bisnes intensif.
Pemohon hanya perlu menghantarkan tulisan tentang cita-cita perniagaan dan aspirasi mereka untuk capai 1 juta pertama dan pemohon yang terpilih akan ditemuramah oleh pihak RichWorks.

Bagi tahun 2021, RichWorks menyasarkan untuk melatih dan membimbing lebih 1.8 juta usahawan.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan, Richworks International Sdn Bhd, Radz Mohd, “Majlis pelancaran merupakan bukti bagaimana RichWorks percaya pentingnya untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti dan terus bersama usahawan-usahawan untuk bangkit dari impak Covid-19 dan PKP.

“Berniaga pada zaman ini memang mencabar dalam ekosistem ekonomi yang tidak menentu dan indikator-indikator ekonomi yang melakarkan gambaran yang kelam. Namun dengan Seminar Bina Bisnes Berjaya, matlamat utama kami adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan daya kemampuan perniagaan,” kata beliau.

Seminar Bina Bisnes Berjaya ini turut menampilkan TITANS, gelaran untuk usahawan-usahawan seperti jenama Sabella dan Mamasab Bakery yang telah berjaya dengan latihan dan bimbingan daripada RichWorks, dari segenap rantau ini.
– BebasNews

Please follow and like us: