Oleh Arrazaq Nazri

‘TISU tandas yang lucu  sebagai hadiah untuk teman lelaki atau wanita”. Bunyinya seperti tiada apa yang salah tetapi jika pada tisu tandas itu tertera illustrasi pasangan sedang melakukan hubungan seks pasti bukanlah melucukan.

Namun begitu adakah memiliki tisu tandas lucah memudaratkan?

Menurut  satu klausa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dalam Bahasa Inggeris (Kanun Keseksaan atau Penal Code):

  • sells, lets to hire, distributes, publicly exhibits or in any manner puts into circulation, or for purposes of sale, hire, distribution, public exhibition or circulation makes, produces or has in his possession any obscene book, pamphlet, paper, drawing, painting, representation or figure or any other obscene object whatsoever;

Jika didapati bersalah, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000, dipenjara hingga tiga (3) tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sebenarnya kertas tisu lucah merupakan antara produk-produk selain alat bantuan rangsangan seks dan ubat kuat tempatan atau import yang turut dijual dengan secara berleluasa di platform secara dalam talian.

Persoalan timbul bolehkah pihak berkuasa mengawalnya kerana produk-produk ini  yang dijual dalam internet meskipun sekatan dilakukan oleh pihak berkuasa, ia masih boleh diakses melalui ‘pintu belakang’.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, penjualan barangan berkenaan bukanlah baharu tetapi menjadi-jadi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Ia berlaku di laman sesawang tempatan tetapi juga berpusat di luar negara.

Jualan ini bukan hanya melibatkan produk yang dimport terus dari negara-negara luar seperti China tetapi juga produk-produk buatan tempatan yang kualitinya tidak terjamin dan memungkinkan terdapatnya penggunaan barangan terlarang.

Pengerusi Persatuan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor, Datuk Nazilah Idris  menyatakan kebimbangannya dengan perkembangan ini.

Beliau berharap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu segera bertindak.

Tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negara yang majmuk masyarakatnya, sudut pandangan terhadap isu ini mungkin berbeza.

Sementara itu, Pengerusi Anak Generasi Amanah Setia Malaysia (Agas), Muhammad Fathi Ismail mengakui bahawa penjualan bahan berunsur lucah juga semakin rancak di laman media sosial sejak kebelakangan ini.

“Mungkin sesuatu perlu dilakukan…untuk menanganinya?”

Ini disebabkan dunia maya boleh diakses oleh pengguna media sosial di bawah umur 18 tahun. Ia boleh menjejaskan akhlak mereka,” kata beliau lagi.

Menurut sumber KPDNHEP, tiada lesen operasi yang diberikan kepada platform secara dalam talian dan Peraturan Pelindungan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012 hanya memperuntukan pematuhan peniaga untuk tanda harga, pengiklanan, pembekalan, keselamatan produk dan perlindungan menyeluruh.

Di bawah Akta MCMC (Akta 588), penyingkiran content atau kandungan bahan hanya dilakukan barang lucah, mengelirukan dan palsu.

– BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Eh apa ni? Benda itu bukan dijual di luar negara dan bukan di Malaysia. Aku sekolahkan sikit penulis ini: di mana penjual langgar undang2 Malaysia? Dalam talian kita dapat layari apa juga iklan ecommerce kerana dimensi maya tidak ada sempadan. Penulis masih jahil IT?

Leave a Reply to Mohd Daud Said Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here