FOTO: HAYDEN SMITH/@SPEEDBIRD5280

Oleh Fetty Rara

BEBERAPA serpihan enjin sebuah pesawat Boeing 777 jatuh ke satu kawasan kediaman di Denver setelah satu daripada enjinnya mengalami kerosakan.

Pesawat yang membawa 231 penumpang dan 10 anak kapal itu, bagaimana pun, berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang Denver, lapor bbc.com.

Susulan itu polis bandar Bloomfield telah memuat naik beberapa gambar serpihan berkenaan yang terjatuh ke depan halaman sebuah rumah.

Para penumpang berkata mereka terdengar bunyi satu letupan besar sejurus selepas pesawat itu berlepas, disusuli oleh gegaran pada seluruh badan pesawat.

Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata Penerbangan 328 United Airlines itu dalam perjalanan ke Honolulu, Hawaii apabila kejadian berlaku.

Beberapa gambar yang ditularkan dalam media sosial menunjukkan keadaan pesawat tersebut dengan api dan asap di bahagian enjin sebelah kanan, sementara satu video yang dirakam oleh seorang penumpang jelas menunjukkan bahagian enjin yang tutupnya tercabut dan terbakar.

Kejadian sedang disiasat oleh pihak FAA.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here