FOTO: Haaretz.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

ISRAEL telah mula melonggarkan sekatan setelah hasil kajian mendapati bahawa vaksin buatan Pfizer menunjukkan keberkesanan 95.8% untuk mengelakkan kematian dan keperluan rawatan di hospital.

Susulan itu bermula hari ini (Ahad) semua kedai, perpustakaan dan muzium boleh dibuka semula, tetapi dengan syarat penjarakan dan pemakaian pelitup muka, lapor bbc.com.

Kementerian Kesihatan negara itu berkata ini merupakan fasa pertama untuk mengembalikan kehidupan seperti biasa.

Israel mencatatkan jumlah vaksinasi paling tinggi di dunia, dengan lebih daripada 49% penduduknya menerima sekurang-kurang satu dos suntikan vaksin.

Negara itu menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ ketiga pada 27 Disember lalu berikutan lonjakan kes Covid-19.

Dengan pelonggaran pelbagai sekatan penduduk Israel kini boleh mengunjungi pusat membeli-belah dan melawat kawasan pelancongan, termasuk zoo.

Beberapa premis, seperti gimnasium, hotel dan rumah ibadat turut dibuka, bagaimana pun pengunjung yang telah mendapat suntikan perlu mendapatkan ‘pasport hijau’ bagi mengunjungi premis-premis tersebut.

Pasport yang dilengkapi aplikasi khas itu dikeluarkan pihak kementerian kesihatan dan sah selama enam bulan, seminggu selepas mendapat vaksinasi.

Orang ramai boleh menonton konsert dan acara sukan yang telah dibenarkan sebanyak 75%, walaupun masih perlu menghadkan jumlah tidak lebih daripada 300 orang di kawasan tertutup dan 500 untuk yang tidak tertutup.

Tetapi, walaupun pelbagai sekatan dilonggarkan, namun semua lapangan terbang terus ditutup selama dua minggu lagi.

Semalam, kementerian kesihatan Israel berkata kajian menunjukkan bahawa risiko kesakitan kerana jangkitan virus Covid-19 telah jatuh kepada 95.8% bagi individu yang telah mendapat kedua-dua dos vaksin Pfizer.

Selain itu, vaksin tersebut juga didapati berkesan sebanyak 98% untuk mencegah demam dan masalah pernafasan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here