AZMI Mohd. Ali (kanan) dan Gerard Denis Singam bersedia membawa cabaran ACU & S.

KUALA LUMPUR – Peguam dan tokoh korporat, Datuk Azmi Mohd. Ali menang besar dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) dalam mesyuarat agung secara talian, 21 Februari 2021.

Azmi, 61, yang juga Presiden Persatuan Kriket Kelantan mendapat 74.6 peratus undi bagi mengatasi pencabarnya, Sivan Narayanan. Presiden terdahulu, Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Termidzi Junaidi mempengerusikan mesyuarat agung bagi musim 2021-23 itu.

Dua jawatan telah dimenangi tanpa ditandingi ialah Shafizan Shahriman bagi timbalan presiden manakala pencatat, Azlin A. Razak bagi timbalan setiausaha.

Bekas timbalan presiden, Lt. Kol. (B) Gerard Denis Singam kembali memenangi jawatan setiausaha agung setelah menumbangkan Denish Sevakumaran juga dengan majoriti besar. Gerard mendapat 78 peratus undi manakala Denish hanya 22 peratus.

Turut sama menang bergaya ialah akauntan bertauliah Azmi Jaafar bagi jawatan bendahari apabila mengecewakan Mathan Kumar Muniandy dengan 76.3 peratus berbanding 23.7.

Bagi empat jawatan ahli jawatankuasa biasa, pemenang ialah Faizshal Niaz-Lyn, Wan Ridhauddeen Rashid, Mat Rani Seman dan Razman Zabri. Empat calon yang tidak bernasib baik ialah Kalidas Visvanadan, Puteh Norsalasiah Noran, Syamsul Hisyam Manap dan Poobalan Loganathan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here