KES baharu hari ini melangkaui angka 3,000 buat pertama kali sejak lapan hari lalu.

Peningkatan ini antaranya susulan kenaikan kes di Perak, yang mencatatkan 1,215 kes baharu.

Perak juga merupakan negeri dengan kes baharu tertinggi hari ini, disusuli Selangor (868) dan Johor (431).

Ini kali pertama kes baharu melangkaui empat angka dilaporkan di Perak sejak gelombang ketiga penularan Covid-19. Rekod sebelum ini pada 21 Januari, dengan 245 kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan kes baharu yang tinggi di Perak berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Jalan Changkat Jong, iaitu sebuah kluster tempat kerja, dengan 1,046 kes baharu.

“Bilangan kes yang tinggi ini adalah susulan perluasan saringan di tempat kerja dan pengesanan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan.

peratus) dan Johor sebanyak 431 kes (13.1 peratus).

Kes baharu hari ini melibatkan 1,402 warga tempatan dan 1,889 warga asing.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif terus menurun dengan kadar sembuh yang tinggi, iaitu seramai 4,456 orang.

https://bit.ly/3sff26I
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here