SUBANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas seekor kucing baka Parsi yang diimport dari Kemboja di Skypark FBO Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini kerana tidak mempunyai dokumen dan permit import.

Pengarah Maqis Selangor, Zambri Hashim berkata, siasatan mendapati kucing itu dibawa masuk oleh warga China menaiki pesawat peribadinya dalam kejadian berlaku pada Khamis lalu, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pemilik kucing itu gagal mengemukakan permit import Maqis serta dokumen berkaitan semasa pemeriksaan di pintu masuk sekali gus menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jika sabit kesalahan warga China itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya.

Zambri berkata, adalah penting untuk pengimport mematuhi syarat-syarat pengimportan haiwan peliharaan bagi memastikan ia bebas daripada sebarang risiko penyakit.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here