Oleh Fetty Rara

UNITED Airlines berkata syarikat tersebut akan menggantung semua penerbangan pesawat Boeing 777 setelah satu daripada enjin pesawatnya mengalami kerosakan ketika berlepas pada Sabtu lalu.

Pesawat yang membawa 231 penumpang dan 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik untuk mendarat di lapangan terbang Denver setelah enjin bahagian kanan mengalami kerosakan dan terbakar, lapor bbc.com.

Dalam perkembangan berkaitan kerajaan Jepun telah mengarahkan semua pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin jenis Pratt & Whitney 4000 supaya mengelakkan daripada melintasi ruang udara negara itu.

Syarikat Boeing dalam reaksinya menyokong keputusan Jepun itu dan telah menggantung operasi semua pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin tersebut sementara siasatan dijalankan.

Sejumlah 69 pesawat Boeing 777 digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di serata dunia.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) United Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat jenis itu di Amerika Syarikat, selain Jepun dan Korea Selatan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here