FOTO: Anadolu.

COPENHAGEN – Pandemik Covid-19 dipercayai akan berakhir pada awal tahun 2022, kata Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge.
Kluge yang dipetik Agensi Berita Anadolu berkata, Covid-19 masih merebak pada 2021, tetapi lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Beliau memberitahu saluran penyiaran Denmark, DR pada Ahad lalu bahawa maklumat yang lebih banyak tentang virus berbanding ketika peringkat awal penularan menyebabkan beliau percaya situasi buruk itu kini berakhir.

“Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Kluge berkata, mutasi adalah perkara biasa dan virus ini sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi yang pantas.

Beliau berkata, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang pantas merebak itu, sambil menambah jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baharu dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Kluge berkata, mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here