ANTARA kawasan sempandan India-China yang dipertikaikan.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

TENTERA India dan China telah berundur penuh dari kawasan kedudukan masing-masing di wilayah sempadan Himalaya yang dipertikaikan.

Satu kenyataan bersama kementerian pertahanan India berkata tentera kedua-dua negara telah menyelesaikan pengunduran dari kawasan Tasik Pangong Tso pada Sabtu lalu, lapor bbc.com.

Pada Jun tahun lalu pertempuran yang tercetus di kawasan tersebut telah menyebabkan kematian 24 anggota tentera.

Kedua-dua belah pihak berkata mereka akan berusaha untuk meredakan ketegangan di bahagian-bahagian lain sempadan berkenaan.

China dan India telah mengumumkan hasrat untuk mengundurkan tentera masing-masing dari kawasan tersebut pada 11 Februari lalu, dan Sabtu komander kedua-dua pihak bertemu untuk menilai bagaimana operasi berjalan.

Keputusan untuk berundur penuh hanya tercapai setelah sebanyak sembilan rundingan diadakan.

Bagaimana pun, kenyataan tersebut akur bahawa bahagian-bahagian lain di sepanjang sempadan terus tegang dan rundingan masih berjalan.

Pertikaian antara India dan China berhubung kawasan sempadan sepanjang 3,440km itu berlarutan sejak 1962.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here