Ankara – Hampir separuh atau 2,500 daripada bahasa yang dituturkan di seluruh dunia berdepan dengan risiko kepupusan, demikian menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terdapat hampir 7,000 bahasa pertuturan di dunia.

“Kebanyakan daripada 2,500 bahasa ini berdepan kepupusan kerana bilangan penuturnya amat kecil. Berdasarkan statistik dan data yang dikumpulkan, satu daripada bahasa tersebut lenyap setiap 15 hari,” kata UNESCO dalam laporan yang dipetik Anadolu.

Bahasa yang dituturkan oleh warga dunia itu berdepan bahaya pupus dan lenyap dengan cepat kerana perubahan yang berlaku dalam sosial, politik dan ekonomi dunia.

Lebih 250 bahasa telahpun lenyap sejak tahun 1950.

UNESCO berkata, sesuatu bahasa harus ditutur oleh sekurang-kurangya 10,000 orang untuk memastikan ia kekal dituturkan generasinya.

– BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here