Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM– Pusat Sukan Universiti Tekonologi Mara (UiTM) sejak penubuhannya 50 tahun lalu telah mencatatkan banyak kejayaan yang membanggakan negara.

Antara kejayaan yang bersejarah adalah Ekspedisi Demi Negara Ke Everest di mana dua pendaki UiTM telah berjaya menawan puncak Everest pada 16 Mei 2004 tepat jam 10.35 pagi.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UiTM,Mustaza berkata, kejayaan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (kini bergelar Datuk) dan temannya Ahmad Reduan Rozali tersebut diteruskan dengan UiTM telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) dalam sepuluh program berkaitan
yang telah dijalankan.

“Selain itu juga katanya lagi, pencapaian atlet UiTM juga begitu membanggakan sebagai salah satu kuasa besar sukan dalam penyertaan kejohanan peringkat universiti.

“Penyertaan pasukan universiti juga diteruskan ke tahap yang lebih tinggi apabila tiga pasukan universiti bermain dalam liga peringkat kebangsaan iaitu pasukan bola sepak dalam Liga Super, pasukan hoki dalam Liga Premier Hoki dan pasukan ragbi dalam Liga Premier Ragbi,”katanya dalam satu kenyataan berhubung Sambutan Jubli Emas Pusat Sukan UiTM hari ini.

Mustaza berkata, kecemerlangan atlet UiTM diteruskan dengan penyertaan dua atlet perahu layar UiTM iaitu Khairulnizam Mohd. Affendy dan Juni Karimah Noor Jamali di Sukan Olimpik Tokyo pada bulan Ogos nanti.

Mengulas mengenai program sambutan 50 Tahun Pusat Sukan UiTM, pelbagai program telah dirancang.

Walaupun pandemik Covid-19 masih belum reda katanya, Pusat Sukan UiTM tetap
bersemangat meneruskan pelbagai program yang diadakan lebih kepada sukan secara maya.

“Antaranya ialah program webinar, kejohanan sukan esports antara kampus
dan kejohanan UiTM International Sports Fiesta (Esports) yang mana akan
berlangsung pada awal bulan Februari dan Mac nanti.

“Lebih dari 14 program utama telah dirancang dan kita harap sekiranya pandemik Covid-19 kembali reda dan kita dapat menjalankan semua
program ini nanti. Selain penganjuran program kepada warga sukan UiTM, kita juga sudah menyediakan beberapa program untuk alumni atlet-atlet UiTM dan
masyarakat luar,”katanya.
– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here