Oleh Wartawan BebasNews

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah membuat pembayaran balik berjumlah kira-kira RM214.86 juta kepada Kementerian Kewangan bagi pinjaman Kerajaan yang diterimanya sejak tahun 1998 berjumlah RM857.97 juta.

Pinjaman daripada kerajaan yang dibuat adalah sebahagian usaha AIM memberi pinjaman
mikro kepada golongan B40 khususnya golongan wanita untuk dijadikan sebagai modal awal mereka memulakan perniagaan.

Usaha AIM telah membuahkan hasil apabila sehingga 2021 sebanyak 939,754 peminjam
AIM yang dikenali sebagai Sahabat telah mendapat manfaat, menjadikan keseluruhan
jumlah jangkauan rakyat Malaysia yang menerima kebaikan daripada usaha AIM membasmi kemiskinan ialah sebanyuak 3,759,016.

Untuk rekod AIM secara keseluruhan telah menerima pinjaman daripada Kerajaan
Malaysia sebanyak RM857.97 juta yang terdiri daripada 8 peringkat pinjaman bermula dari
tahun 1996 hingga tahun 2011.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here