KUALA LUMPUR – Pengerusi Yayasan Kasih Tauhid, Puan Sri Fatini Yaacob hari ini dilaporkan membuat laporan polis mengenai buku teks sejarah tingkatan 4 yang mengagungkan penganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam mendakwa terdapat manipulasi  fakta sejarah dalam buku tingkatan 4 ketika zaman kerajaan Pakatan Harapan, demikian menurut Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia dalam posting Facebooknya.

Sebelum ini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam webinar khas BST4-Pintas: Buku Sejarah Tingkatan Empat anjuran Pertubuhan Intelektual Negara, berkata, buku ini akan memberi kesan kepada pemikiran dan pengetahuan pelajar dan guru pada setiap tahun persekolahan.

Katanya, terdapat penekanan yang salah tentang naratif sejarah Malaysia dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang dilihat boleh mengancam keselamatan negara.

“Apabila rakyat muda atau generasi baru tidak tahu sejarah negara kita, sesuatu yang buruk pernah berlaku dulu mungkin akan berulang semula. Saya lihat ini salah satu cara mengubah sejarah dan memberi penekanan kepada pihak lain untuk mengubah fakta sebenar. Malah, sejarah sebenar tidak diangkat.

“Penceritaan peranan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak mengikut fakta yang sebenar. Ia seolah-olah mahu rakyat menerima bahawa PKM terlibat dalam kemerdekaan,” kata beliau. – BebasNews


KENYATAAN SEKRETARIAT GABUNGAN NGO MENOLAK BUKU SEJARAH TINGKATAN 4

FAKTA TENTANG BUKU SEJARAH TINGKATAN 4 YANG PATUT DIHARAMKAN

ISI KANDUNGAN BUKU :

1. BAB 2
Kebangkitan Nasionalisme – bab ini menerangkan tentang gerakan nasionalisme sedunia kemudian memperincikan gerakan nasionalisme kiri zaman pra merdeka di Tanah Melayu yang pro komunis. Didapati banyak perkara yang cuba diketepikan dan disembunyikan dalam penghuraian sejarah politik Tanah Melayu, terutama antara tahun 1945-1948. Tokoh-tokoh besar pejuang kemerdekaan daripada golongan agamawan, orang surat khabar dan persatuan-persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu yang disatukan oleh UMNO tidak diberi pendedahan yang wajar.

Kesannya kepada pelajar – menanamkan benih bahawa fahaman sosialis dan komunis adalah tidaklah buruk sebagaimana yang ditohmahkan selama ini.

2. BAB 3
‘Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita’. Skop perbincangan adalah sangat luas sekali kerana menceritakan konflik dunia sejak Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Ini sangat berat untuk difahami guru-guru dan pelajar.

Kesannya kepada pelajar dan guru-guru terpaksa mempunyai pengetahuan yang banyak dan luas untuk memberi fahaman kepada murid. Peta Eropah yang kompleks dan time line yang sarat dengan fakta itu akan jadi anti-tesis kepada P&P. Guru dipercayai akan meminta pelajar menghafalnya; ini tidak elok untuk interpertasi dan empati sejarah. Sebenarnya, pada pandangan saya, Perang Dunia Pertama ini tidak perlu diperdalamkan kerana ia tidak memberi kesan kepada Tanah Melayu, kecuali Perang Dunia Kedua, yang melibatkan kita secara langsung kerana penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, 1942-1945.

3. BAB 4
Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita dan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Soal penolakkan terhadap Malayan Union adalah satu perjuangan besar. Ini adalah bahagian penting dalam sejarah Malaysia, terutama bagi sejarah nasionalisme dan politik orang Melayu, yang diwakili UMNO.

Kesan kepada pelajar – memudarkan atau mencairkan peranan hebat yang dimainkn oleh UMNO dalam usaha menolak percaturan Inggeris ke atas Tanah Melayu. Mengurangkan semangat patriotism dan cintakan negara.

4. BAB 5
Penerangan mengenai gerakan nasionalis radikal terlalu terperinci. Tajuk-tajuk berkaitan seperti Gerakan Nasionalis Radikal Melayu, Gabungan Putera-AMCJA, sumbangan Nasionalis Radikal, cadangan Putera AMCJA dan Perlembagaan Rakyat. Paling menonjol ada keratan akhbar HARTA yang berjudul Kemuncak Perjuangan Putera AMCJA yang dilihat tiada apa-apa signifikan kecuali untuk menerapkan ideologi.

Kesan kepada pelajar – pendedahan yang terlalu terperinci mengenai tokoh gerakan nasionalis Melayu radikal dan sumbangan mereka akan mengelirukan pelajar pada hal mereka tidak terlibat dengan rundingan mahupun penolakan dasar British secara terang-terangan seperti yang dilakukan golongan agamawan, nasionalis dan UMNO.

5. BAB 6
Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat. Menerangkan secara terperinci mengenai kemasukan pengaruhi Komunis dan penubuhan parti Komunis serta kemasukan Komunis ke negara-negara jiran yang lain. Pendedahan dengan kemasukan Komunis sangat banyak didedahkan kepada pelajar.

Kesan kepada pelajar – kelihatan usaha mengindoktrin secara halus kepada pelajar bahawa Komunis juga turut memperjuangkan kemerdekaan dan menunjukkan ia perlu diterima.

Buku ini tidak memasukkan perjuangan orang Melayu. Penerapan konsep Malaysian Malaysia diterapkan daripada awal. Tidak menonjolkan perjuangan agamawan untuk memisahkan agama dan politik.

BUKU INI ADALAH SATU PERBUATAN JENAYAH


 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here