KUALA LUMPUR – Jaringan NGO Sedar (SEDAR) hari ini berkata mereka yang terlibat dalam rasuah perlu dihukum segera termasuk disingkirkan dari jawatan sama ada politik, perkhidmatan awam mahupun swsta.

Menurut Presidennya Datuk Sirajuddin Salleh, rasuah sistemik yang mencapai tahap membimbangkan juga merupakan antara senjata utama penjenayah terancang untuk mencemarkan kedaulatan Malaysia dan mengancam keselamatan nasional.

”Akibat rasuahlah, kuasa politik Melayu digunakan oleh sesetengah pengamalnya untuk memenuhi kepentingan diri. Akhirnya undang undang yang ada tidak dapat dikuatkuasakan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

“Perkara yang haram dibiarkan berleluasa saperti pencerobohan untuk menanam durian musang king di Pahang. Begitu juga pendedahan mantan Ketua Polis Negara baru baru ini. Keadaan ini menyebabkan keselamatan politik , ekonomi Melayu-Muslim ,malah segala-galanya diancam . Perpecahan dan perbalahan akibat rasuah turut menggugat keselamatan dan kesetabilan negara.

Beliau berkata, rasuah juga menjadikan sekumpulan pengamal politik dan pegawai penguatkuasa Malaysia tunduk dan menggadaikan jiwa bangsanya kepada kartel antarabangsa saperti menyeludupkan dadah jutaan ringgit ke negara ini bagi memusnahkan hidup anak-anak Melayu khususnya.

Berikut adalah kenyatan penuh beliau.


KENYATAAN MEDIA JARINGAN NGO SEDAR (SEDAR)
Bil: 6/4/21
TARIKH: 23/2/2021

RASUAH SISTEMIK AMAT MEMBIMBANGKAN

Rasuah sistemik amat membimbangkan untuk Malaysia . Mereka yang terlibat hendaklah di hukum segera termasuk di singkir dari jawatan apa pun samaada politik , perkhidmatan awam mahu pun swasta. Rasuah sistemik juga merupakan antara senjata utama penjenayah terancang untuk mencemarkan kedaulatan Malaysia dan mengancam keselamatan nasional.

2. Akibat rasuahlah, kuasa politik Melayu digunakan oleh sesetengah pengamalnya untuk memenuhi kepentingan diri. Akhir nya undang undang yang ada tidak dapat dikuatkuasskan. Perkara yang haram dibiarkan berleluasa saperti pencerobohan musang king di Pahang. Begitu juga pendedahan mantan Ketua Polis Negara baru baru ini. Keadaan ini menyebabkan keselamatan politik , ekonomi Melayu-Muslim ,malah segala gala nya diancam . Perpecahan dan perbalahan akibat rasuah turut menggugat keselamatan dan kesetabilan negara.

3. Rasuah juga menjadikan sekumpulan pengamal politik dan pegawai penguatkuasa Malaysia tunduk dan menggadaikan jiwa bangsanya kepada kartel antarabangsa saperti menyeludupkan dadah jutaan ringgit ke negara ini bagi memusnahkan hidup anak-anak Melayu khususnya.Begitu juga ribuan warga China masuk kenegara ini tanpa ada rekod mereka keluar kenegara asal ,kes mykad palsu dan sebagai nya.

4. Oleh itu SEDAR mahukan supaya setiap agensi politik, Kerajaan dan swasta mempunyai mekanisme dan agen pemantauan dalaman yang kukuh dan tegas berperanan sebagai penyiasat dan memantau warga organisasi di bawah tanggungjawab mereka.

5. Pelbagai pendedahan memalukan mengenai gejala rasuah sistemik merupakan satu peringatan proatif bagaimana budaya itu telah berakar umbi di Malaysia. Contonya ialah apabila industri daging halal yang berkisar dokalangan sebuah kartel terdiri pengeksport asing yang didakwa berkomplot dengan empat agensi kerajaan telah mencemar nama negara dan imej Islam.

6. Langkah proaktif segera amat diperlukan untuk mencegah kejadian itu berulang memandangkan rasuah kini seolah olah menjadi satu cara hidup di Malaysia. Aplikasi ‘blockchain’ dan pelbagai teknologi terkini perlu dipraktikkan segera dalam usaha pemantauan pencegahan rasuah yang berkesan.

7. SEDAR dengan ini *menyokong penuh usaha Dato’ Husamuddin Yaakub, Pengerusi Karangkraf dalam menggerakkan inisiatif *Gerakan Sinar Rasuah Busters. Inisiatif ini tepat pada masanya kerana jika tiada laporan dibuat mengenai rasuah , ianya menyebabkan ia tidak dapat ditangani oleh pihak berkuasa. Usaha Sinar Harian ini juga selaras dengan perkembangan teknologi terkini kerana penyaluran maklumat cepat dan pantas membolehkan maklumat perlakuan jenayah rasuah dapat disalurkan segera. Semoga seluroh rakyat menyokong usaha pembentrasan rasuah dan memandang jijik dan kotor kepada perasuah. Hapuskan rasuah.
Sekian Terimakasih.

Dato’ Sirajuddin Haji Salleh
Presiden
0192885350

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here